Saturday, 12 November 2011

WOW..New 7 Wonders of Nature (result 11/11/11)

Mula dari bawah No. 7: Table Mountain, Capetown



no. 6: Puerto Princess Underground River

no 5: Komodo Island

no.4: Jeju Island, Korea



no. 3" Iguazu Falls
CANTIK GILAAAA...


no. 2: Ha Long Bay, vietnam



1. Amazon
WAAAaaaa..kalau laa aku dapat pg melancong kat semua tempat2 ni....huhu...cantik sgt2..


Friday, 4 November 2011

NATRAH....DAMAILAH KAU DISANA....

Natrah, gadis kecil yang mentah, berjuang mempertahankan akidahnya. Hayatilah kisah ini agar menjadi pedoman buat kita.
Natrah menangis sedu sedan. Dia menangis dalam pelukan Rosewita Buang, pemberita Utusan Melayu. Dia merayu Rosewita membawanya keluar dari gereja. Natrah tidak mahu dipaksa menganut Kristian atau melutut pada patung Virgin Mary. Dia juga menangis dan hanya termenung apabila dipujuk rahib Mother St. Colomba.

“Puan, bawa saya keluar puan. Saya enggak mahu tinggal di sini lagi”, rayu Natrah. Namun Rosewita tidak boleh berbuat apa-apa. Air matanya bertakung menanti luruh. Dia insan lemah yang hanya menjalankan tugas mencari berita dan terpaksa menurut perintah mahkamah ke atas gadis seagamanya itu.

Natrah bersama Che Aminah (ibu angkatnya)
 Detik manis Natrah bersama suami
Che Aminah juga sering berkunjung ke Girls Homecraft Centre untuk bertemu Natrah dan mengirim kain telekung, baju kurung dan kain batik buat Natrah. Tetapi dia pulang dengan perasaan hampa. Dia tidak dapat bertemu Natrah dan rahib mengatakan yang segala kelengkapan untuk Natrah telah disediakan. Natrah telah diberikan baju yang sama seperti yang dipakai ibunya, Adeline.

Apabila masuk waktu sembahyang, Natrah mengambil wuduk. Kemudian dia melilit kepala dan tubuhnya dengan kain cadar katilnya untuk mendirikan solat. Dia sempat mendongak ke dinding di atas kepala katilnya yang terdapat lambang salib yang besar. Adeline hanya memerhati di muka pintu. Usai sembahyang, Natrah memanjatkan doa. Dia berdoa agar dia dapat kembali ke pangkuan Che Aminah. Dia juga berharap dapat kembali ke rumah dan merasai kemanisan bergelar isteri kepada Mansor Adabi. Dia juga berdoa agar dia diteguhkan iman.
 
Begitu juga dengan Mansor. Musim bulan madunya direnggut dengan pelbagai rentetan peristiwa pahit yang terpaksa dia lalui. Mansor menanti kehadiran Natrah di bilik mahkamah. Dia meninggikan lehernya untuk mencari kelibat Natrah supaya dia boleh melihat wajah isterinya itu walaupun dari jauh. Mereka juga boleh mendengar keputusan mahkamah ke atas kes yang turut melibatkan ibu mertuanya, dirinya dan juga Natrah pada hari itu. Namun dia akur. Natrah tiada.

Hari kedua untuk mendengar keputusan mahkamah, Mansor dan Che Aminah tidak dapat menghadirkan diri. Hari sebelumnya, perbicaraan terpaksa ditunda atas sebab-sebab keselamatan. Singapura bagaikan sekali lagi dilanggar todak apabila keadaan mula huru-hara. Keputusan mahkamah begitu mengejutkan. Hakim memutuskan supaya Natrah mesti dikembalikan kepada ibubapa kandungnya. Sarjan Hertogh diberikan hak dalam menentukan agama Natrah. Dan Natrah akan dibawa balik ke Belanda.
Orang-orang Melayu cukup terpukul dengan keputusan itu. Mereka pada mulanya boleh bersabar dengan keputusan mahkamah, tetapi provokasi menerusi akhbar inggeris Straits Times berhari-hari sebelum itu yang menyiarkan gambar Natrah melutut pada patung Virgin Mary menyebabkan orang Melayu berasa agama mereka dihina dan semakin hilang sabar. Maruah agama mereka seperti dipijak-pijak. Agama yang mereka junjung selama ini diperkotak-katikkan dan dianggap isu titik bengik oleh bangsa penjajah yang sememangnya dangkal hormat terhadap agama dan bangsa orang lain. Kemarahan orang Melayu sudah sampai ke kemuncak.

“Dasar penjajah! Biadap! Aku sudah bosan dengan tempoh 500 tahun dibawah telunjuk orang putih. Ayuh semua! Kita tentang demi maruah ugama dan bangsa kita!” terdengar suara sebahagian orang Melayu yang meniup semangat menentang penjajah celaka.
Dengar sahaja berita kerajaan British berpakat dengan kerajaan Belanda untuk memurtadkan Natrah, orang Melayu dan Islam bersatu hati. Mereka yang datang dari pelbagai parti politik mengetepikan perjuangan ideologi mereka dan bersatu demi menyelamatkan Natrah dan membela agama mereka.

Karim Ghani adalah antara yang tercabar dengan kebiadapan bangsa penjajah. Dia lantas melaung-laungkan semangat kepada bangsa Melayu dan Islam yang berkumpul.

“Lihatlah apa yang dilakukan penjajah. Agama kita diperlekehkan. Perlukah kita berdiam diri? Saya seru kepada semua yang seugama dengan saya di sini. Kita bawa anak-anak gadis kita seramai 1500 orang. Kita akan berarak. Kita bawa kain sejadah, Al-quran dan kain telekung. Untuk diberikan kepada Natrah. Demi akidah Natrah! Demi Islam! Demi bangsa kita! 1500! 1500! 1500!”, laung Karim dengan semangat yang berkobar-kobar.

Orang Melayu menyahut laungan itu dengan takbir bergema-gema. Takbir Allahu Akbar bergema dalam setiap lohong telinga dan menusuk ke tangkai jantung umat Islam yang ada termasuklah askar British yang semakin gerun dengan semangat perjuangan umat Melayu.

Orang Melayu dari Kelantan mengayuh basikal turun ke Singapura. Orang Melayu dari Pulau Pinang berjalan kaki ke Singapura. Orang Melayu dari Perak dan Selangor menumpang keretapi barang untuk ke Singapura pada tanggal 12 Disember 1950. Beribu orang Melayu berkumpul di Singapura pada waktu tersebut bagi membantah keputusan mahkamah. Mereka membawa sepanduk. Mereka membawa galah dan bilah kayu. Mereka melaungkan takbir. Takbir bergema dihadapan bangunan Mahkamah Tinggi Singapura. “Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Lafaz suci membesarkan Tuhan membangkit semangat orang Melayu. Mereka datang untuk membela agama tercinta mereka.

Orang Melayu diketuai oleh Karim Ghani tetapi Karim telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Hati Karim cukup terbakar dengan tindakan Inspektor Taha. Dia terus berkata pada pegawai polis itu.

“Kau orang Islam, aku orang Islam. Aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH”! Adakah kau yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? Kau halanglah. Aku akan tetap pergi!”

Mendengar kata-kata itu Taha tertunduk. Dia lantas menanggalkan uniformnya dan mencampakkan senjata yang dia pegang.

“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”, Inspektor Taha berteriak kuat dihadapan orang Melayu yang lain. Hati Karim menangis terharu.

Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut. Inspektor Taha terus menyerbu masuk ke dalam mahkamah bersama yang lain. Rusuhan tercetus. Keadaan menjadi kacau bilau. Lalu askar British penjajah bangsat menembak orang-orang Melayu. Mengalir darah orang Melayu di tangga Mahkamah Tinggi Singapura. Singapura diisytiharkan darurat.

Orang Melayu hanya bersenjata galah dan kayu. Askar British bedebah melepaskan peluru senjata api bertubi-tubi. Kujur-kujur mayat pembela agama bergelimpangan. Ada yang terkorban dalam keadaan tangannya masih memegang Al-Quran. Darah para syuhada’ membasahi hadapan mahkamah yang menjadi saksi pertembungan agama Islam dan Kristian, pertembungan politik antara negara dijajah dengan penjajah dan juga pertembungan budaya timur dan barat.
Seramai 18 orang syahid, 177 orang cedera yang sebahagiannya parah. Beratus-ratus lagi umat Melayu yang beragama Islam ditahan dan dipenjarakan. Lebih 200 kereta musnah terbakar dalam tragedi itu. Pemandangan yang dapat dilihat sekitar mahkamah sangat menyayat hati. Singapura separa lumpuh.

Seluruh dunia kaget. Penjajah benar-benar terkejut. Mereka mula sedar akan keberanian dan pengorbanan orang Melayu membela agama dan bangsa. Umat Melayu terus bersatu dan perjuangan itu sudah pasti melorong mereka bagi membuktikan kekuatan tauhid mereka mempertahankan agama. Biarlah mereka mati dalam panji keteguhan Islam daripada mati dalam ketundukan kepada kebobrokan dan kehancuran agama yang dipermain-mainkan oleh penjajah keparat.
Maria memandang ke luar tingkap kapal terbang melihat awan gemawan persih ketika dia dalam penerbangan ke Malaysia. Dia ditemani suaminya, Ben Pichel yang merupakan seorang lelaki Indonesia. Turut bersama wanita Belanda 61 tahun itu ialah dua orang wartawan yang juga orang Belanda. Maria ingin kembali ke Kemaman, pekan yang pernah menjadi saksi kepada kasih sayangnya bersama Che Aminah.
Dia mengingati kembali saat-saat dia terpaksa meninggalkan Tanah Melayu yang ketika itu belum lagi bergelar Malaysia kira-kira 48 tahun yang lalu. Memorinya masih segar walaupun usianya sudah melebihi separuh abad. Dia adalah Natrah yang menjadi punca rusuhan yang mengorbankan beberapa nyawa dek undang-undang sivil British yang memaksa dia kembali ke agama ibubapa kandungnya.

Ketika itu dia masih naïf. Namun dia telah menjadi punca kepada penyatuan ummah dan menjadi titik tolak dalam penggubalan undang-undang Islam yang diangkat menjadi rujukan utama dalam urusan berkaitan umat islam tanah air.

Maria masih ingat lagi ibunya Adeline mengarahkannya bersiap-siap meninggalkan Singapura tanggal 13 disember 1950.

“Ayuh Maria. Jangan tunggu lagi. Mobil sudah menanti. Kita akan terbang malam ini”

“Mau kemana? Aku enggak mau. Aku mau tinggal di sini”

“Kamu mahu lihat ibu mati? Di luar sana sudah huru-hara, Maria. Tolong Maria. Ibu bener-bener gusar. Bagaimana sih kesudahannya kalau kita terus di sini. Kamu anak ibu, Maria. Ibu yang kandungkan kamu! Bukan Che Aminah”, tegas Adeline.

Natrah tertekan. Dia serba salah. Wajah ibunya merah padam sambil matanya berkaca-kaca menahan resah. Tangan Natrah direntap Adeline dan dia terus membawa gadis mentah itu berlari-lari anak ke kereta yang menanti di depan Girl Homecraft Centre.

Kereta itu terus membawa mereka ke Lapangan Terbang Kallang, Singapura. Kapal terbang KLM membawa mereka terbang terus ke Belanda. Dalam perut kapal terbang, pipi Natrah basah dengan air mata. Dia terpaksa meninggalkan daerah nusantara yang menjadi tempat kelahirannya, tempat dia menemui kasih sayang dan juga cinta. Perasaannya berbagi-bagi. Dia marah kerana dipaksa. Dia sedih kerana terpaksa. Dia gusar kerana dipaksa dan terpaksa.

Tanggal 15 Disember 1950, Natrah dan Adeline tiba di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda. Dia disambut sorak-sorai kira-kira 4000 Kristian Belanda yang bersorak selamat datang dan membawa sepanduk ‘Welcome Back, Bertha’. Natrah ternyata canggung.

Natrah dibawa pulang ke rumahnya di Bergen Op Zoom. Dia dikawal ketat oleh polis tempatan. Suhu dingin musim sejuk benua Eropah mengigit sampai ke tulang hitam Natrah. Namun di sebalik kedinginan bumi Belanda, hatinya masih hangat dengan cinta dan kasihnya pada Mansor Adabi dan juga Che Aminah. Natrah tidak mudah melupakan agamanya. Dia pernah bertanya dimanakah masjid di Bergen Op Zoom. Dia juga meminta tikar sejadah, bertanyakan arah kiblat dan tidak lupa menunaikan solat lima kali sehari semalam.

Musim di Belanda berganti-ganti. Bunga tulip kembali mekar di ladang bunga diikuti panas mentari menyinari kincir-kincir angin yang berputar lesu dan akhirnya menyaksikan daun-daun kering luruh di kota Bergen Op Zoom. Tetapi cinta Mansor tidak terganti. Dia tetap mencintai Natrah. Dia mengirim warkah demi warkah buat Natrah sepanjang perpisahan mereka yang berlanjutan hampir 3 tahun.

Sehinggalah pada tahun 1953, Mansor menerima surat pertama daripada Natrah. Mansor membaca patah demi patah perkataan yang ditulis Natrah dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dadanya berdebar-debar. Isi kandungan surat itu membuatkan hatinya bagaikan kaca dihempas ke batu. Natrah telah menjadi Kristian Katholik. Dia kembali menggunakan nama asalnya, Maria Huberdina Bertha Hertogh. Dia juga meminta agar Mansor berhenti mengirim surat padanya.

Natrah sebenarnya tidak pernah berhenti mencintai lelaki bernama Mansor Adabi. Hatinya bagai dicarik-carik apabila mendapat tahu Mansor Adabi mengahwini anak murid Mansor pada tahun 1954.

Natrah juga sebenarnya keliru. Dia menerima tekanan yang hebat yang memaksanya menganut Kristian. Jiwanya sengsara menyebabkan dia sesat dan tersongsang dari agama fitrah. Natrah terus menangis sepanjang hidupnya.
**********

Ramadhan terakhir pada tahun 1998, Maria tiba di pekan Kemaman. Dia bertanyakan rumah Kamariah pada seorang posmen. Posmen itu pantas mengecam gambar wajah Kamariah yang difotostat dan menunjukkan arah ke rumah Kamariah Binti Mat Dahan. Kamariah wanita berketurunan Jepun itu masih tinggal di Terengganu. Dia membesarkan Rokayah dan anak-anak yang lain bersama suaminya Haji Yusuff yang membuka pintu dan mempelawa Natrah, Ben dan dua orang wartawan Belanda masuk ke rumahnya ketika sana-sini bergema takbir raya.

Keesokkan harinya, suasana cukup meriah. Aidilfitri disambut seluruh umat Islam di Kemaman. Maria mengenakan baju kurung serta bertudung.

“Kamariah, boleh bawa saya ke kubur Che Aminah?”, pinta Maria fasih berbahasa Melayu.

Kamariah tidak menolak. Mereka tahu hadirnya wanita Belanda itu semestinya merupakan tautan semula antara jiwa yang masih hidup dengan jiwa yang sudah pergi tetapi masih hidup dihati Maria. Wanita itu bukan yang ada-ada kerana dialah Natrah yang menjadi pencetus kepada Rusuhan Natrah pada tahun 1950.

Setibanya di kawasan tanah perkuburan, Maria teramat sayu. Pohon nyiur meliuk lentuk di tanah perkuburan itu mengingatkan zaman indah waktu kecilnya. Dia memegang tangan Kamariah, teman sepermainannya suatu ketika dahulu. Dia kemudian berjongkok dihadapan pusara Che Aminah. Hatinya sebak. Dia mungkin tidak membacakan Al-Fatihah buat Che Aminah tetapi amalan Islam seperti berpakaian sopan di tanah perkuburan dan menjirus air di pusara itu menunjukkan betapa hormatnya Maria pada agama itu. Sebelum berlalu dia sempat memegang batu nisan pusara Che Aminah dan dia lantas terbayang kenangannya bermesra bersama Che Aminah yang penyayang dan baik hati.

“Ini wang dollar. Tidaklah banyak. Tapi mungkin boleh buat belanja untuk kenduri tahlil Che Aminah”, kata Maria kepada Kamariah. 



Julai 2009, Natrah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Huijbergen, Belanda. 72 tahun usia hayatnya, tetapi jarang bermusim bahagia. Sepanjang hidupnya dia pernah mengalami sakit jiwa, merancang membunuh suami keduanya, ditahan pihak polis, diserang sakit jantung dan hidup berpindah randah sehingga bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik motel di Amerika Syarikat.


Namun zaman sewaktu kecil jualah detik-detik yang paling membahagiakan dalam fragmen hidupnya. Natrah pernah menerima limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada Che Aminah sebelum dipisahkan dalam keterpaksaan. Natrah juga pernah menyambut cinta Mansor Adabi yang kisahnya berakhir dengan tragedi yang memilukan. Dan Natrah sempat mengecapi nikmat bergelar muslim, menghayati keindahan agama syumul itu sebelum dia menjadi teladan sejarah dan hidup dalam kerundungan malang jiwa dan raga. 
 SEDIH DAN TRAGIS BETUL SEJARAH DIA....

Sunday, 23 October 2011

AKU NAK KOMIKKKK.......☺☺☺

Dulu...Kini dan Selamanyaaa...aku tetap minat baca komikk...huhu
Mana nak cari komik2 yg aku suka baca masa dulu2????............

Komik no.1~

                      ni aku baca time dr skola darjah 4Maju lg..ada vol. 1-48.tp yop dah jual kat org sbb mak bising..huhu..                  
Komik no.2~



komik ni ada vol.1 shj..xde sambungan..best gila..beli time form.1,tp yop g bwk kat KD dia,trus lesap..huhu lg..

Komik no.3~


*IN MEMORY OF MARCO SIMONCELLI GP SEPANG 2011*

Sedih n terkejut dengar apa yg berlaku ni.....

Racing rocked by second horror crash in a week: Motorcyclist dies after being flung headlong from his bike during Malaysian Moto GP

  • The rider lost control of his bike before he appeared to be hit by Colin Edwards and then Valentino Rossi
Tragic: Marco Simoncelli of Italy and San Carlo Honda Gresini has died following a crash involving Valentino Rossi and Colin Edwards during the Malaysian MotoGP in Sepang, Malaysia

Italian motorcyclist Marco Simoncelli has been tragically killed in a crash during today's Malaysian Moto GP, race organisers have confirmed.
The Gresini Honda rider lost control of his bike on the second lap of the circuit in Sepang and appeared to be hit by Colin Edwards and then Valentino Rossi as he slid across the track.
The fatal incident comes just a week after British IndyCar racing driver Dan Wheldon died after crashing in Las Vegas
The 24-year-old's helmet came off in the collision and he was taken to the medical centre for treatment, but his injuries were too serious.
A message on the MotoGP website read: 'Marco Simoncelli succumbed to injuries sustained in Malaysia.'
Newly-crowned champion Casey Stoner admitted watching the accident made him worried for Simoncelli, who was later pronounced dead.
'As soon as I saw the footage it just makes you sick inside,' the Australian told BBC2.
'Whenever the helmet comes off that's not a good sign.'
Tony Elias, Moto2 world champion, said he was praying the injuries to Simoncelli were not serious before learning the devastating news.
'We just hope Marco is OK - that's my wish,' he said.
The organisers confirmed the race was cancelled, having halted it immediately after the fatal incident.
Deadly: The rider (No 58) is seen sliding from his bike and colliding with two other riders in a horrifying crash
Moment of horror: Simoncelli loses control on the second lap


Disaster: Simoncelli fatally falls off of his Honda after colliding into Colin Edwards


Devastated: Colin Edwards of the US who was involved in the crash stands at the side of the track after the fatal crash

Agony: Marco Simoncelli's father is comforted as he waits outside a medical centre where the rider was taken following a crash at the Malaysian Grand Prix



The organisers cancelled the race when the extent of Simoncelli's injuries become apparent, having halted it immediately after the accident

SIMONCELLI, THE MAN WHO LIVED TO RACE

1987: Born in Cattolica, Italy on January 20.

1996: Runner-up in the Italian Minimoto Championship.

1999: Champion of the Italian Minimoto Championship.

2000: Claims a back-to-back title in the Italian Minimoto Championship and is runner-up in the European Minimoto Championship.

2001: Moves up to the the Italian 125cc Championship and wins the title in his rookie year.

2002: Wins the European 125cc title.

2003: Takes part in his first full season in the 125cc World Championship with the Matteoni Racing team.

2004: Joins the Rauch Bravo team and wins his first Grand Prix at a rain-soaked Jerez.

2005: Completes another 125cc campaign with the Nocable.it Race team and finishes fifth in the final standings.

2006: Moves up to the 250cc class riding for Gilera. Finishes the season in 10th overall with a sixth place finish at the Chinese Grand Prix his best result.

2008: June - Wins his first 250cc race at the Italian GP in Mugello in controversial circumstances when Hector Barbera crashed into him after Simoncelli appeared to try to block him off.
October - Wins the 250cc World Championship after a successful season with Gilera with a third place finish in the Malaysian Grand Prix at Sepang.

2009: Finishes third overall in the 250cc World Championship behind Japan's Hiroshi Aoyama and Spain's Barbera.

2010: Moves up to ride in his debut MotoGP season for Honda. Finishes 16 of the 18 races en route to eighth place in the championship.

2011: May - Collides with Dani Pedrosa while battling for second in the French GP. The resulting crash saw Pedrosa break his collarbone and Simoncelli receive a ride-through penalty, eventually finishing fifth. Simoncelli accepted he needed to re-evaluate his driving style and at times be more cautious.

June - Claims his first MotoGP pole at the Catalan GP but a poor start resulted in a sixth placed finish.

October 23 - Killed in a crash during the Malaysian GP in Sepang.

Malang tak berbau...Kemalangan ni berlaku depan mata bapak dia.....dekat TV pun terus tukar citer lain selepas kmalangan tu....Nasib baik Valentino Rossi xdepepe..tp traffic jamm sampai ke malam even game tu cancelled dlm kul 5pm...hmm...

Friday, 30 September 2011

Pengguguran Haram...Hasil Nafsu Durjana...


Baru2 ni aku miscarriage....
Sedih sgt hatiku bila fikirkan dia di sana keseorangan..
Terasa nak saja hati ni meraung meminta dia kembali kpdku...
then,aku fikir...apa perasaan seseorg yg menggugurkn kandungan dgn cara haram
x kesian ke dgn baby tu....
lainlaa utk ibu2 yg terpaksa..
ni info2 yg x  patut wujud...

Illegal Abortions
 

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses aborsi
(pengguguran) :Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan) Pada kehamilan muda, dimana usia janin masih sangat kecil, aborsi dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Sang anak yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan. Saat dikeluarkan, dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh tersebut . 
sori bg yg tgh mkn tu..sori sgt2..
Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan) Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk. Aborsi dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk aborsi (cunam abortus).

Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara menusuk bahagian yang boleh tercapai. Boleh dicapai, pinggang, bahu atau leher. Kemudian setelah ditusuk, dihancurkan bahagian-bahagian tubuhnya. Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan. 
Dalam klinik aborsi, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Aborsi pada kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan) Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bagian-bagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam. Tubuhnya sudah bisa merasakan sakit, karena jaringan syarafnya sudah terbentuk dengan baik.

Aborsi dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan kedalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal.

Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Aborsi bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat keji. Setiap wanita harus sadar mengenai hal ini. 

 Kesian diorg beb..diorg pun nak idup jugak kat dunia ni.....wausimlammin.......

Thursday, 29 September 2011

SYASYA DAH 3 TAHUN.....AMBOI...

23 SEPTEMBER 2011..Genap laa umur Nur Syasya Amelia bt.Sobri 3 tahun...makin besar, makin nakal n makin bijak n makin petah....nakal tu yg x tahan tu...n mcm dia tau,that day birthday dia,punyalaa manja n cerewet n nakal..mmg da niat di hati kami,mama n papanya, nak layan dia mcm puteri di kayangan..apapun permintaannya akan ditunaika..n bawa dia jalan2 kat Alamanda,tgok movie,g taman n belikan mainan utk dia... n beli kek besar n cantik2 pilihan hatinya...hehe...suka kemain dia..adiknya pun ikut bergumbira......